Friday, December 26, 2008

~Katamu..~

Hari ini kau kembali
Kembali setelah sekian lama
Tahukah dirimu
Betapa penantian itu menyeksakan
Sehingga aku kuburkan

Kerana katamu kita berbeza
Cara hidup dan rasa
Katamu biarlah cinta berlaku
Masa akan menjawabnya

Tahukah dirimu
Aku tempuhi segalanya sendirian
Sehingga ku tak bimbang seorang

Kini untuk apa kau kembali
Kembali setelah semuanya lenyap
Bersama masa dan usia

Adakah semua boleh kembali
Setelah segala yang kukorbankan
Hanya sia-sia

Kini biarlah aku disini
Bersendiri dalam duniaku

No comments:

Post a Comment

Thanks kerana memberi support..........